
Dua kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan dan lima tahun maut
dikelar di leher, dipercayai dilakukan oleh seorang pembantu rumah warga
Indonesia di kediaman keluarga mereka di Taman Sri Putra, Sungai Buloh
dekat sini malam ini.
Pembantu rumah tersebut kemu dian bertindak nekad membunuh diri setelah
membunuh kanak-ka nak berkenaan iaitu Melvin Selvan Joseph, setahun enam
bulan dan abang tirinya, Koay Jia Hong, 5.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berka ta,
pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pu kul 7.35
malam sebelum menghantar sepasukan anggota bagi men jalankan
pemeriksaan.
“Ketika pemeriksaan dilakukan di rumah tersebut, pihak polis men jumpai
mayat seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Agnes berusia
lingkungan 30-an di dalam sebuah bilik.
“Kemudian seorang mayat ka nak-kanak berusia setahun enam bulan ditemui
dalam sebuah bilik lain sebelum polis menemui mayat seorang lagi
kanak-kanak berusia lima tahun di bilik atas rumah dua tingkat tersebut.
“Polis menemukan kesan kelar di leher ketiga-tiga mayat tersebut," katanya ketika ditemui di lokasi ke jadian.
No comments:
Post a Comment