Wednesday, 19 March 2014

Bahaya!.. jangan terlalu ke tempat2 social seperti club malam...




Gadis2, mohon baca !!!

Menurut laporan PDRM, seorang wanita telah dirogol oleh 6 orang lelaki sebelum dia ditinggalkan dalam keadaan telanjang bulat....

Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.

Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol- perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol. Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.

Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar si mangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa. Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.

Mana mana wanita yang mengambilnya, TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. Si durjana perogol, boleh memperolehi/ mendapatkan dadah ini dari pusat pusat haiwan atau mana mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.

Berwaspadalah apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai!
See More

Wednesday, 12 March 2014

Anwar ditangkap? Kurang dihebohkan di media masa..asyik dengan MH370 ja...adakah ini semua berkaitan?

Rakyat bimbang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin akan ditangkap tidak lama lagi kerana Perdana Menteri Najib Razak dan parti pemerintahannya Umno menuduh beliau sebagai dalang pencerobohan di Lahad Datu


Rakyat bimbang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin akan ditangkap tidak lama lagi kerana Perdana Menteri Najib Razak dan parti pemerintahannya Umno menuduh beliau sebagai dalang pencerobohan di Lahad Datu.perkara paling buruk mungkin akan berlaku, berdasarkan maklumat yang diterima daripada sumber di peringkat tinggi serta jika dibaca daripada rentetan peristiwa yang "dirancang" mereka merasa ini bertujuan untuk mewujudkan perasaan benci terhadap pemimpin berusia 64 tahun itu.

Kebangkitan Anwar dijangka bakal membentuk dan menerajui kerajaan persekutuan pada masa akan datang, Adakah jika beliau 'ditahan', kemaraan Pembangkang boleh dipatahkan? mesej keseluruhan seolah-olah cuba mengaitkan Anwar Ibrahim sebagai dalang di sebalik kejadian di Lahad Datu.
orang ramai  perlu berwaspada jika terdapat sebarang cubaan untuk mengaitkan Anwar Ibrahim dengan apa yang berlaku di Sabah,ia perlu ditolak dengan serta-merta kerana ia tidak lebih daripada helah politik Umno.
 Dengan pilihan raya umum ke-13 yang bakal menjelang, Najib yang berusia 59 tahun terpaksa mengosongkan tempatnya.UMNO akan cuba menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat. Rentak mereka sama sahaja, anda boleh melihat di kaca TV setiap hari bagaimana kata-kata Anwar sering dimanipulasi, Taktik yang sama digunakan ke atas Tian Chua. Dia merupakan unsur Cina bagi UMNO yang gunakan untuk menaikkan kemarahan orang Melayu.

PKR mempunyai alasan untuk bimbang. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan Zahid Hamidi bahawa kerajaan akan memantau media Filipina untuk mendapatkan maklumat mengenai dalang di sebalik krisis Lahad Datu mencetuskan syak wasangka.
"Saya percaya media Filipina akan menyiarkan maklumat lanjut. Saya tidak mahu untuk mengaitkan mana-mana individu. Biarkan media Filipina yang mendedahkannya, "Bernama melaporkan Zahid sebagai berkata pada hari Selasa.

Jika Anwar ditahan dan didakwa atas dakwaan pengkhianatan, implikasi bagi pilihanraya Malaysia mungkin tidak akan menjadi seperti apa yang Najib harapkan.
Ia hanya boleh meyakinkan pengundi Melayu luar bandar untuk menyebelahi Umno, namun bakal mencetuskan gelombang besar undi protes kepada pembangkang. Pilihan raya 2008 adalah bukti yang terbaik, mendedahkan pengundi Malaysia berjiwa bebas , yang mempunyai pemikiran mereka sendiri.
Najib perlu ingat taktik ekstrim telah gagal mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya, menghalang Anwar daripada terus berada di dunia politik selalunya hanya akan memakan diri mereka sendiri.Antara konspirasi yang didakwa dirancang Najib untuk menggagalkan pembangkang termasuk pusingan kedua tuduhan liwat yang direka terhadap Anwar pada tahun 2008, mengadakan rampasan kuasa terhadap kerajaan negeri Perak yang dipimpin PR pada tahun 2009, serta skandal seks yang diketuai oleh Datuk T dan media BN pada tahun 2011.
Mahathir telah memecat dan memenjarakan Anwar pada tahun 1998 pada pusingan pertama tuduhan liwat palsu, Anwar juga telah memberi amaran bahawa anak-anak Mahathir, yang disenaraikan dalam indeks Forbes sebagai antara yang terkaya di dunia, akan dipaksa untuk membayar balik kesemua wang yang telah dirompak dari negara setelah beberapa tahun.Jom kita pantau dan bongkar angkara umno selama 54 tahun pemerintahan mereka.
cuba korang tengok anak2 & bini DSAI.. menjaga aurat & agamanya. dan bandingkan dengan ANAK & BINI PI EM. Dari situ kita dah blh buat kesimpulan yang tuduhan tu betul atau fitnah. Zuriat yang soleh & solehah adalah dari Ibubapa yang baik. Allah s.wt pun dah janji yang Lelaki yang baik hanya utk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya.

Tuesday, 11 March 2014

MH370 masih selamat kata Raja Bomoh



 
RAJA BOMOH DAKWA PESAWAT #MH370 "TERGANTUNG" ANTARA TIGA NEGARA | SEPANG - Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar seketika petang semalam selepas muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang kononnya mampu membuat ramalan berhubung keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Bomoh terbabit, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang berpengalaman lebih 50 tahun mendakwa berdasarkan upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.
"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.
"Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib", katanya semalam.
Upacara ritual itu menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat terkini berhubung keadaan pesawat terbabit.
Ibrahim berkata, bubu mata pancing terbabit sebagai simbolik penjara di mana pesawat itu dipercayai berada dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian.
"Kita gunakan teropong sebagai simbolik meminta anasir-anasir terbabit untuk membebaskan pesawat terbabit secepat mungkin.
"Upacara yang kita buat turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin,"katanya.
Dalam upacara tersebut, Ibrahim turut mempelawa beberapa individu daripada pelbagai bangsa termasuk seorang wakil media untuk membuat ritual pembebasan dengan meletakkan bubu mata pancing di atas kepala mereka.
Menurut bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu, selain upacara terbabit, seramai 100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan Selendang Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.
Katanya, pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.
Beliau berkata, pihaknya mendapat jemputan daripada seseorang yang 'penting' untuk melakukan upacara tersebut semalam.
Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang. -BERNAMA

Saturday, 8 March 2014

Latest news MAS MH370

Malaysia Airlines sedang berusaha menghubungi ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Subang, awal hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata fokus pihaknya juga sekarang ialah bekerjasama dengan petugas kecemasan dan pihak berkuasa yang telah mengerahkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan.
“Kami mendoakan semua penumpang dan anak kapal serta ahli keluarga mereka,” katanya dalam satu kenyataan media.
Pesawat yang berlepas pada pukul 12.41 pagi Sabtu itu sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.
Bagaimanapun, pesawat Boeing 777-200 itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik pada pukul 2.40 pagi.
Ia membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal yang terdiri daripada warganegara dari 13 buah negara.
Ahmad Jauhari menasihatkan ahli keluarga penumpang terlibat untuk terus ke Bangunan Sokongan Kemudahan yang terletak di Zon Sokongan Selatan KLIA bagi mendapatkan perkembangan terkini.
AMUKANMELAYU - Sebagai Bekas Ahli Penyelamat....terhempas di Laut selalunya banyak Penumpang yang akan selamat...InsyaAllah.


Senarai Jumlah Penumpang yang menaiki MH370.
China: 152 orang termasuk seorang bayi
Malaysia: 38 orang
Indonesia: 12 orang
Australia: 7 orang
Perancis: 3 orang
Amerika Syarikat: 3 orang termasuk seorang bayi
New Zealand: 2 orang
Ukraine: 2 orang
Kanada: 2 orang
Rusia: 1 orang
Itali: 1 orang
Taiwan: 1 orang
Netherlands: 1 orang
Austria: 1 orang

Senarai penumpang MH370

KUALA LUMPUR 8 Mac – Berikut sebahagian daripada senarai penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang gagal dikesan sehingga 1.40 petang ini:
Fariq Ab. Hamid
Zaharie Ahmad Shah
Foong Wai Yueng
Goh Sock Lay
Gomes Patrick Francis
Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan
Junaidi Mohd. Kassim
Andrew Nari
Ng Yar Chien
Tan Ser Kuin
Tan Size Hiang
Wan Syaid Wan Ismail
Anne Catherine Daisy (MYS)
Bai Xiaow (CAN)
Beherey Usage Waitrelos Laurence Arlet (FRA)
Biby Nazli Mohd. Hassim (MYS)
Brooskii Nikolath (RUS)
Burrows Rooney (AUS)
Chan Huan Peen (MYS)
Chen Weihoing (MYS)
Chew Kar Mooi (MYS)
Chng Mei Ling (MYS)
Chuang Hsiu Ling ((TWN)
Chustrak Oleg (UKR)
Deineka Sergii (UKR)
Dina Mohamed Yunus Ramli (MAS)
Maria Mohamed Yunus Ramli (MYS)
Gu Naijun (AUS)
Guan Hua Jin (MYS)
Huang Tianjui (CHN)
Hue Pui Heng (MYS)
Jee Jing Hang (MYS)
Jiang Cuiyun (CHN)
Koh Tiong Meng (MYS)
Kolekar Chetana Vinod (IND)
Kolekar Vinod Suresh (IND)
Kozel Christian (AUT)
Lawton Catherine (AUS)
Lawton Robert (AUS)
Lee Kah Kin (MYS)
Lee Sew Chu (MYS)
Li Hongjing (CHN)
Li Yuan (AUS)
Lim Por Chua (MYS)
Lui Ching (CHN)
Maraldi Luigi (ITA)
Meng Leoinf (USA)
Meng Nicole (USA)
Mohamad Sofian Ibrahim (MYS)
Mohd. Khairul Amril Selamat (MYS)
Muhammad Drazahan Zamani (MYS)
Mukherjee Muktesh (CAN)
Muzi Yusop (MYS)
Ng May Li (MYS)
Noorida Mohd. Hashim (MYS)
Nor Fadzillah Mat Rahim (MYS)
Norliakmar Hamid (MYS)
Ramlan Safuan (MYS)
Sharma Chandrika (IND)
Shirsath Kranti Pralhad (IND)
Sim Keng Wei (MYS)
Siregar Firman Chandra (IND

Friday, 7 March 2014

Ultraman diharam di Malaysia...Oh tidak!!


Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku 'Ultraman The Ultra Power', yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.

Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers.
   
Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu berkuatkuasa 18 Februari lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
   
"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport,
menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," menurut kenyataan itu.
   
Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.  
- Bernama


Pasal ni ja??