Wednesday, 26 February 2014

Budak berusia enam bulan dan lima tahun maut dikelar di leher


 
Dua kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan dan lima tahun maut dikelar di leher, dipercayai dilakukan oleh seorang pembantu rumah warga Indonesia di kediaman keluarga mereka di Taman Sri Putra, Sungai Buloh dekat sini malam ini.
Pembantu rumah tersebut kemu dian bertindak nekad membunuh diri setelah membunuh kanak-ka nak berkenaan iaitu Melvin Selvan Joseph, setahun enam bulan dan abang tirinya, Koay Jia Hong, 5.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berka ta, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pu kul 7.35 malam sebelum menghantar sepasukan anggota bagi men jalankan pemeriksaan.
“Ketika pemeriksaan dilakukan di rumah tersebut, pihak polis men jumpai mayat seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Agnes berusia lingkungan 30-an di dalam sebuah bilik.
“Kemudian seorang mayat ka nak-kanak berusia setahun enam bulan ditemui dalam sebuah bilik lain sebelum polis menemui mayat seorang lagi kanak-kanak berusia lima tahun di bilik atas rumah dua tingkat tersebut.
“Polis menemukan kesan kelar di leher ketiga-tiga mayat tersebut," katanya ketika ditemui di lokasi ke jadian.

Saturday, 22 February 2014

Monday, 10 February 2014

Stacy AF dijangkiti virus H1N1


dsfds
Jabatan Kesihatan Sabah telah mengesan 8 kes Influenza A (H1N1) di negeri tersebut pada Isnin lepas,

Penyanyi kelahiran Sabah, Stacy AF turut dijangiti virus tersebut.

Menerusi akaun Twitter miliknya, Stacy mengumumkan malam tadi dia turut terkena jangkitan virus Influenza A H1N1.
 

Beliau turut memuatnaik simpton Influenza A iaitu demam, selesema, sakit tekak, cirit birit, batuk, kurang selera makan, muntah dan loya.

Berita mengejutkan ini membuatkan para peminatnya bimbang namun Stacy memujuk mereka agar tidak risau kerana ia masih boleh diubati.

Penyanyi itu kini berada di Kota Kinabalu dan dipercayai akan berehat di sana sehingga sembuh.

Influenza A H1N1 atau wabak selesema burung boleh menular menjadi pandemik jika tidak dikawal.

Bagi mencegah jangkitan ini, berikut beberapa langkah mudah bagi mencegah penularan virus pembunuh ini iaitu dengan mengekalkan tahap kesihatan diri dengan mencuci tangan menggunakan sabun atau sanitiser serta mengamalkan adab batuk yang baik. -