Tuesday 1 November 2016

Tips Menjadi Jutawan walau hanya gaji RM2000 sebulan



Ramai diantara kita hanya tahu untuk menyimpan duit di dalam ASB kerana mendapat pulangan yang lebih baik dari menyimpan di dalam akaun simpanan bank. Tetapi lumrahnya pada mereka yang bergaji kecil atau hanya boleh menyimpan dengan jumlah yang sedikit, pulangan dari ASB ternyata bukan masyuk.

Jadi ada tak cara lain untuk meningkatkan pulangan itu dengan berlipat ganda dalam masa yang singkat?

Kita lihat tips yang di kongsikan oleh bro Rashdan seorang perunding ASB loan.


Bagaimana RM537 Menjadi RM340,000 Dengan Teknik ASB??

Buat duit dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB) semakin popular disebabkan pulangannya yang agak konsisten. Pada tahun 2013 dividen ASB ialah 8.7% termasuk bonus dan 8.5% pada tahun 2014 yang lalu. Mereka yang tidak merebut peluang keemasan di depan mata ini memanglah merugikan.

Ramai di antara kita yang merungut kerana tidak mempunyai duit lebih untuk disimpan di ASB. Sebenarnya ianya bergantung bagaimana kita menguruskan kewangan bulanan yang kita dapat. Yang terbaik ialah kita simpan dahulu dan lebihnya kita gunakan buat perbelanjaan. Bukannya belanja dulu baru simpan! Konsep ini dah terbalik.

Sebagai contoh, jika anda mendapat gaji RM2,000 sebulan, anda perlu menyimpan 30% dahulu atau RM600 ke ASB. Baki RM1,400 barulah anda gunakan untuk membayar rumah, kereta dan bil yang selainnya. Kalau tak cukup, anda perlu rombak semula gaya hidup anda untuk menampung perbelanjaan baki tadi.

Jadi bagaimana untuk kita buat duit dengan ASB. Ada beberapa cara yang biasa kita dengar tetapi terdapat 2 teknik kewangan yang boleh anda pilih, samada untuk jangka masa panjang atau jangka masa pendek. Jangka masa pendek ialah antara 5-7 tahun untuk kita memaksimakan pulangan dividen daripada ASB.

Disini saya bongkarkan 4 teknik buat duit dengan ASB :

Teknik #1: Buat Duit Dengan ASB – Jangka Masa Panjang

Disini anda akan membuat pinjaman ASB di bank-bank terkemuka.

Jika gaji anda RM2,000, buat loan RM100,000 dimana bayaran bulannnya ialah RM537 sebulan (anda gunakan duit 30% daripada gaji RM2,000).

Dalam setahun dividen yang anda perolehi ialah RM8,000 (andaian dividen 8%). Dalam masa 30 tahun anda sudah menjana dividen sebanyak RM240,000. Ditambah dengan pembiayaan pokok RM100,000 anda menjana RM340,000!

Cuba bandingkan jika anda tidak membuat pinjaman dan menyimpannya setiap bulan. Dalam setahun anda menyimpan RM537x12= RM6,444. Dividen setahun cuma RM276, dan untuk tempoh 30 tahun jumlah dividen lebih kurang RM8,280. Ditambahkan dengan simpanan pokok selama 25 tahun sebanyak RM193,320, jumlahnya ialah RM201,600. Disini anda telah rugi RM138,400!

Teknik #2: Buat Duit Dengan ASB – Jangka Masa Panjang

Disini anda buat pinjaman yang sama sebanyak RM100,000.

Anda hanya perlu sediakan bayaran tahun pertama sahaja sebanyak RM537x12=RM6,444. Untuk tahun kedua, anda keluarkan dividen sebanyak RM8,000 dan buatkan autodebit untuk bayar automatik ke bank setiap tahun. Anda masih ada lebihan RM1,556 setiap tahun. Setelah tempoh matang 30 tahun, anda lihat perolehannya:

RM100,000

Dengan teknik kedua ini, dengan modal permulaan RM6,444 anda mendapat RM100,000.

Namun sekiranya anda mempunyai modal RM6,444 dan anda simpan (peram) dalam ASB Biasa, anda hanya memperolehi RM64,800 pada  tahun ke 30.

Teknik #3: Buat Duit Dengan ASB – Jangka Masa Pendek

Disini anda buat pinjaman yang sama sebanyak RM100,000. Anda perlu konsisten melabur tanpa mengeluarkan dividen yang diperolehi.

Selepas masuk dividen tahun ke 5, anda batalkan pinjaman ASB dan lihat perolehannya:

RM6,444 x 5 = RM32,220 <- bayaran pembiayaan yang telah dibuat

SELEPAS TAHUN KE LIMA KANSEL LOAN ASB:

Bank akan memulangkan kembali nilai pokok pembiayaan (prinsipal) setelah tolak interest bank = 8,172 + dividen terkumpul RM46,932. Jumlah keseluruhan = RM55,104 tidak termasuk pengembalian insurans anda pada tahun kelima.

Dengan teknik ketiga ini, dengan modal pelaburan RM32,220 anda mendapat RM55,104.

Teknik #4: Buat Duit Dengan ASB – Teknik Jutawan

Disini anda buat pinjaman yang sama sebanyak RM100,000. Anda perlu konsisten melabur tanpa mengeluarkan dividen yang diperolehi selama tempoh pinjaman (macam simpan dalam KWSP).

Modal Pelaburan:
RM6,444 x 30 = RM193,320 <- bayaran pembiayaan yang telah dibuat

PADA TAHUN KE 30:

Bank akan memulangkan kembali nilai pokok pembiayaan (prinsipal) = 100,000 + dividen terkumpul RM906,266. Jumlah keseluruhan = RM1,006,266.

Dengan teknik keempat ini, Impian anda untuk menjadi Jutawan telah terlaksana. Yahoo!!

Untuk buat duit dengan ASB, kini anda boleh pilih untuk jangka masa panjang atau pendek. Yang penting masyukkk…

Jadi apa pandangan anda tentang tips ini? Boleh lah cuba tapi anda haruslah berdisiplin untuk melaksanakannya.

AMARAN – ASB masih adalah sebuah pelaburan di mana pulangannya tidak di jamin oleh mana-mana pihak. Anda harus faham akan risiko pelaburan sebelum membuat keputusan untuk melabur.

Wednesday 5 October 2016

SPRM masih kira wang tunai di rumah pegawai kanan kerajaan


KUALA LUMPUR: Gambar rampasan wang tunai berjumlah lebih RM10 juta yang dipercayai milik seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan di Sabah, tersebar menerusi aplikasi media sosial, hari ini.

Wang itu dikatakan dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam operasi berakhir lewat petang semalam.

Sumber berkata, pegawai SPRM masih mengira jumlah sebenar wang itu dan penemuan itu dipercayai yang terbesar pernah disita berkaitan kes rasuah.

"Penemuan wang tunai itu mengejutkan SPRM yang tidak menyangka wang belasan juta ringgit milik suspek ditemui di beberapa lokasi," katanya di sini, hari ini.

Kelmarin, pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah dan timbalannya, disyaki mengumpul kekayaan lebih RM50 juta sejak enam tahun lalu, menerusi penyelewengan projek secara agihan kepada ahli keluarga mereka.

Kedua-duanya disyaki menyalahgunakan kuasa dalam agihan projek pembangunan infrastruktur dikendalikan jabatan bernilai lebih RM3.3 bilion yang disalurkan Kerajaan Persekutuan sejak enam tahun lalu.

BH difahamkan, suspek berusia 51 dan 54 tahun itu akan direman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, petang ini dan disusuli sidang media Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.- Bharian

Thursday 29 September 2016

Kopi Beracun dan merbahaya untuk kesihatan "Kementerian Kesihatan Malaysia "


Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor. 

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Kebanyakan produk haram dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.

Penting! Cara mengesan produk minuman dicampur racun.
Minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia dapat dikesan dari segi harga jualannya yang tinggi, iaitu RM5 sepaket berbanding produk asli yang hanya dijual pada harga sekitar RM1 hingga RM1.50 sepaket. Selain itu, paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.

Berikut adalah senarai kopi beracun. Ianya sudah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan dan dikenalpasti dicampur dengan bahan terlarang :-

1. Cafe Abang Yes,
2. Candi Gold,
3. Candy 193,
4. Extend Up Energy Drink,
5. Extremen,
6. Extrewomen,
7. Goji Guarana,
8. Goji Guarana Extra,
9. Goji More,
10. Goji Yumberry,
11. Guara Cafe,
12. HBW Ice Lemon Tea,
13. Hotton Vitality Candy,
14. Ie2 O,
15. King Cappucino,
16. Knight Cofee.
17. Kolek Cafe Power Plus,
18. Kopi Angguk,
19. Kopi Asmara,
20. Kopi Bagus AAA,
21. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
22. Kopi Pahlawan,
23. Kopi Super Angguk,
24. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
25. Maca Max,
26. Macagin Ginseng Candy,
27. Mentalk Candy,
28. Nexus MXP,
29. Night Cafe,
30. Red Energizer Candy For Men,
31. Royal Beverage Maqrifatun,
32. Sasanergy Drink,
33. Trica Jus,
34. Tri-Max,
35. True SR,
36. Vigor Candy,
37. Vitca-F,
38. Vitca-M,
39. Winnie Beauty V1,
40. XKL Sky Fruit Juice Premix.

Dengan adanya senarai ini, para penggemar kopi bolehlah menjadikannya sebagai rujukan. Ianya juga bagi mengelakkan kita dari terus menikmati air kopi mengandungi racun yang berbahaya!


Tuesday 1 March 2016

JADUAL HARIAN UNTUK MENJAGA KESIHATAN BADAN



JADUAL WAKTU SISTEM BADAN 


MANUSIA


Waktu Pagi
3:00 am – 5:00 am
Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.
5:00 am – 7:00 am
Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.
7:00 am – 9:00 am
Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.
9:00 am – 11:00 am
Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.
Waktu Tengahari
11:00 am – 1:00 pm
Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkatkan kemungkinan terkena serangan jantung,lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.
Petang
1:00 pm – 3:00 pm
Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk & tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.
3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.
5:00 pm – 7:00 pm
Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.
Waktu Malam
7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.
9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.
11:00 pm – 1:00 am
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.
Waktu Lewat Malam
1:00 am – 3:00 am
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.
Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia.
# KITA MANUSIA N BUKAN ROBOT #
~ FIKIR2 KAN ~

Saturday 27 February 2016

Benarkah YOUTUBE boleh menjana pendapatan ?? side income ? part time , full time?


Pernah dengar ka tentang ::


" RAHSIA SEORANG PEMUDA JADI JUTAWAN DENGAN HANYA MENGGUNAKAN YOUTUBE PLATFORM DAPAT MENJANA $1079220.53 "

Untuk memudahkan anda semua, sy beri satu contoh kegilaan yang benar-benar terjadi di Youtube.

Pernah tengok video uji ketahanan telefon bimbit?Guna tukul, masuk kedalam air, buang dari atas bangunan.....semuanya tidak masuk akal...tetapi benar-benar dilakukan untuk membuat video ujian ketahanan tersebut sedangkan telefon( smart phone) itu harga ribuan ringgit  RM$$$.


Persoalannya....berbaloi ka HP itu dirosakkan semata-mata buat video dan upload ke YOUTUBE? 
Sebenarnya memang itulah niat mereka..supaya ribuan bahkan jutaan orang untuk melihat video yang mereka reka sendiri untuk menjana lebih pendapatan.

Cth : HP harga RM3000 
Video ditonton sebanyak 100000 orang mampu menjana $3000 X 4.22 = RM12660

Nampak macam mudah kan??

Tapi bagaimana pula jika penonton kurang? ada yang tidak tahu tentang kehadiran video itu dalam YOUTUBE? subscribers kurang?

Mari kita lihat cara-cara menambah bilangan subscribers dengan cepat dan mudah :




Daripada langkah-langkah tadi, Youtuber boleh menjana pendapat lebih daripada modal yang digunakan.

CTH : pendapatan seorang individu setiap bulan..

Seorang suri rumah sepenuh masa pun boleh menjana pendapatan  RM5000 sebulanan dengan hanya berbekalkan komputer riba(Laptop), Internet dan sedikit usaha.

Tapi ingat kawan-kawan semua jika kita bermula menjana pendapatan melalui online hari ini...tidak semestinya esok kita akan kaya, tetapi usaha kena lebih maka masa singkat untuk kita nampak hasil nya.


Terima Kasih... Melvin


Wednesday 24 February 2016

Gambar gambar kereta yang jarang dilihat (Pelik)

20 Gambar terbaik 2016

Funny,Art,Creative design,Cool, Weird


Kereta Kasut pun ada??

Wednesday 3 February 2016

Mukhriz anak kepada tun mahathir letak jawatan ??


AKHIRNYA apa yang diidamkan Najib Razak dan beberapa Ketua Bahagian Umno Kedah terutamanya yang tinggal di Kuala Lumpur TERCAPAI.

Mukhriz Mahathir akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah pukul 10 pagi Rabu.

Maka tercatatlah satu lagi titik sejarah di bawah pentadbiran Najib Razak.

Peristiwa ini, tanggal 3 Feb 2016, Mukhriz diPECAT sebagai Menteri Besar oleh Najib.

Sudah pasti peristiwa ini akan menjadi kenangan abadi buat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terkenang akan kita akan peristiwa 2003 di mana Tun Abdullah Ahmad Badawi mahu melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Atas desakan Tun Mahathir kerana ingin membalas budi Tun Razak, Pak Lah terpaksa melupakan Muhyiddin dan memberi tempat paling berharga kepada Najib.

Mungkin bagi Najib, itu hanyalah sejarah.

Tetapi hari ini akan diingati oleh Dr Mahathir sebagai titik sejarah di mana anaknya dipecat oleh orang yang disayanginya satu ketika dulu.

Itulah lumrah politik.